Thursday 6 June 2013

Toturial: Buat Header Blog

Assalamualaikum,

Okey okey saya budak baru belajar. Kenapa? Sebab baru harini aku berjaya buat header aku sendiri. Yeay! Sighh orang lain dah tahu sejak zaman kuno lagi la wei. Hahah. Kisah pulak aku, kan kan. :D So supaya aku tak lupa, aku nak buat la toturial ni. Ingatkan susahh, tapi rupanyaa senang je ya ampunn ishh3. Haaa gituuu. Heheh. Tapi sebelum tu, korang kena ada PhotoScape okeh. Kalau takda, pergi download sekarang! Dah siap download, mehh nak ajar. Boleh ja kalau nak guna Paint ke Photoshop ke. Tapi aku....pandai guna PhotoScape jakk. Hahaha! Meh mehh ikut step ni ya anak-anak.
Click dkt gambar ya kalau nak besarkan.
Mula-mula buka PhotoScape tu then akan keluar macam ni, korang pilih 'Editor' okay.


Pastu korang tekan dekat 'Menu' bar bawah tuu. Lepas tu pilih 'New Photo' (lupa nak sreenshot pulak part ni)


Then then akan naik box ni kan, korang isi la berapa width and height ikut kesesuaian blog korang. Nak agak-agak pun boleh tapi kalau nak selamat and tak payah buat kerja banyak kali nak edit2 bagai nanti, korang boleh pergi dkt template --> customize --> adjust width then tengok lah entire blog korang berapa px. Okey?


Lepas tu, boleh la korang mula hias cecantik header idaman korang. Kalau nak letak frame, tekan ja dkt yg aku highlight kuning tu.


And kalau nak masukkan gambar dari lappy, tekan dkt circle biru tu. Nak masukkan icon sedia ada, click dkt circle merah. Nak pilih tulisan, pergi dkt black circle tu ye. Hias lah ikut cita rasa memasing okey.


Edit punya edit punya edit, dah siappp. Lebih kurang ni lah hasilnya. Okay kalau dah puas hati, jangan lupa save, haaa nanti menangisss pulak cari-cari tak jumpa. Hehe.


Sekian, wassalam!

Saturday 1 June 2013

Recipe: Moist Choc Brownies Cheese Cake

Assalamualaikum,

Oleh sebab takda benda aku nak kongsi buat masa sekarang, mehh cik jah nak ajar satu resepi ni. Hikhokk. Accely resepi ni dulu aku dapat dari sorang senior masa study kat Shah Alam. Aku memang kagum lah dgn dia, dah la pandai gegila punya ni, muka pun boleee laaa tahan, pandai masak pulak tu ishhh, dan dan yang plg penting dia seorang LELAKI uolls. Huuu aku yg gegadis ni pun belum tentu rajin macam dia. Hehehe. Thanks senior for this resepi. First trial dah sedapppp. Must try okay.. Tak faham boleh tanya.

Bahan2:

Untuk lapisan choc brownies:
- 200gm butter
- 200gm dark chocolate/choc masakan
- 170gm tepung gandum (diayak)
- 30gm serbuk koko (diayak)
- 170gm gula halus (diayak)
-4 biji telur

Cara2:

1. Panaskan kukus siap2.. 1st, buat lapisan choc brownies dulu.. Cairkan butter + coklat masakan guna kaedah double boil.
2. Keep aside campuran butter + choc tu bila dah cair.
3. Masukan gula + telur dalam mixer bowl. Pukul sampai kembang.
4. Masukan tepung + serbuk koko sedkit demi sikit. Masa ni tak payah guna mixer dah sebab nanti adunan jadi bantat. Guna je whisk, kalau tak ada guna je saptula/senduk pun boleh.
5. Kacau sebati adunan tepung + serbuk koko + telur + gula.
6. Pastu, masukan choc + butter yang dah dicairkan awal tadi. Kacau dan kacau dan kacau sebati.
7. Griskan loyang dengan butter/marjerin.
8. Tuang separuh adunan tadi ke dalam loyang.
9. Kukus selama 15 minit. (untuk elakkan air menitik ke atas permukaan kek tu, tutup loyang tadi dgn aluminium foil.)
10. Sementara nak tunggu lapisan pertama masak, jom buat lapisan cheese..

Bahan2:

- 250gm cream cheese
- 60gm gula castor
- 25ml air
- 1 biji telur

Cara2:

1. Masukan semua bahan-bahan kecuali telur ke dalam mixing bowl.
2. Pukul adunan sampai kembang then baru masukan telur.

11. Tuang adunan cheese kat atas lapisan brownies yang dah masak tadi.
12. Kukus again for 20 minutes.
13. Lepas lapisan cheese dah masak, tuangkan baki adunan brownies tadi.
14. Kukus lagi selama 20 minit. Jangan lupa tutup balik loyang tu dgn aluminium foil.
15. Then jom buat toppingnya pulak (chocolate ganache)

Bahan2:

- 300gm coklat masakan
- 120ml whipping cream
- 1 sudu besar marjerin

Cara2:

1. Cairkan semua bahan-bahan guna kaedah double boil jgk.
2. Kacau sampai jadi pekat dan licin (tak ketul2)..biarkan ia suam-suam.
3. Tuangkan choc ganache kat atas permukaan brownies.
4. Tadaaaa, dah ready untuk dimakan panas-panas atau tunggu sampai kek tu sejuk.

Sekian, wassalam!

Thursday 2 May 2013

Seperti yang dijangka

Assalamualaikum,

Haaaaaa see see betul what apa yg aku cakap dulu. Memang jejarang punya lah aku nak hapdate blog ni. Only after 4 monthssss.. S e p e r t i  y a n g  d i j a n g k a ! Hikhokk :D Ikut sesuka hati aku ja bila rasa nak tulis, or ayat yg sebetul-betul nya, bila aku teringat yg aku ada blog. Nahhh. Luls! Takda benda laa yg aku nak share. Hidup aku bukan nya menarik sangat macam orang lain sampai nak dikongsi dgn satu dunia. Cewahh sesedih nampakkk kak. Hahaha.

Just nak cakap kt sini yang buah hati kesayangan aku nak balik M'sia dah Julai ni. Balik raya sini. Erm, tu la kot yg menarik setakat ni. Wahaha bendaa laaah. Tapi sungguh wei, rinduu.. Hahaha. Semoga selamat lah semua hendak-Nya yeee. :)

Tengok..aku tak pandai laa nak cecita cecita banyak-banyak. Haishhhhh. Dah la nanti-nanti pulak la. 4 5 bulan lagi aku hapdate lagi. Kekeke.

Sekian, wassalam!

Sunday 20 January 2013

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum,

Okey aku buat blog? hahahaha for what? ok jangan tanya aku pun taktau weh lol haha. Aku ni memang suka edit mengedit nih. First rasa nak main edit-edit gambar jakk..tah kena sampuk apa boleh melalut sampai ke blog ni. Luls! Edit punya edit terrrjadi kaler pink pulak blog nih. Wahaha what the! Haishhhh tah apa benda aku nak tulis nanti..bukannya rajin sangattt nyee punn. Jangan tanya kanapa la kalau entry aku nanti setahun satu jakk. Hahaha. Doa-doa la bagi aku rerajin menaip yaa. Huhu. 

Sekian, wassalam!